Friday 4 March 2011

Bangkitlah Wahai Muslimin Muda!

Assalamualaikum kepada para pembaca sekalian. Saya harap segala yang saya nukilkan di sini diambil diiktibar. Saya tujukan maklumat - maklumat ini kepada semua golongan Islam terutamanya golongan belia supaya mereka dapat meningkatkan rasa waspada terhadap tipu daya Zionis ataupun Yahudi.

Sejarah Yahudi tidak dapat dipisahkan dengan kesombongan kaum mereka yang selalu memusuhi dan memerangi orang Islam sepanjang masa dari dulu hingga sekarang. Sebutan Yahudi berasal daripada perkataan Yahuza. Yahuza adalah nama salah seorang daripada anak Nabi Yaakub. Manakala, Nabi Yaakub pula adalah anak Nabi Ishak dan cucu kepada Nabi Ibrahim. Yahuza ialah adik - beradik kandung kepada Nabi Yusuf dan abang kepada Bunyamin. Yahuza turut bersekongkol melakukan tipu daya bagi membunuh Nabi Yusuf ketika beliau masih kecil. Walau bagaimanapun, konspirasi tersebut gagal kerana Nabi Yusuf berjaya diselamatkan dan akhirnya menjadi pemerintah Mesir. Bani Israel pula adalah kaum yang menentang Nabi Musa dan Nabi Harun. Nabi Musa pula adalah berketurunan Nabi Yaakub.